HEADLINES

Elak spekulasi, tuduhan negatif dalam isu pelantikan kehakiman: Sultan Selangor

Proses yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan ini perlu dilaksanakan secara telus dan berhati-hati demi memelihara kedaulatan undang-undang

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua pihak mengelak dari membuat spekulasi dan tuduhan negatif dalam isu pelantikan kehakiman.

Sultan Sharafuddin yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-269, bertitah proses yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan ini perlu dilaksanakan secara telus dan berhati-hati.

Titah baginda, ia demi memelihara kedaulatan undang-undang serta mendukung prinsip keadilan yang menjadi teras utama dalam pemerintahan negara.

“Sehubungan dengan itu, semua pihak diseru supaya mengelakkan dari membuat sebarang spekulasi dan tuduhan negatif tanpa memperolehi fakta yang lengkap dan sahih mengenai sesuatu perkara,’’ titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebok Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-269 yang bersidang di Istana Negara, semalam.

Tegas baginda, antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah berkaitan dengan rundingan bagi pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta hakim-hakim mahkamah atasan.

Dalam proses rundingan tersebut, Sultan Sharafuddin telah menekankan tentang keperluan untuk mematuhi setiap peruntukan undang-undang khususnya di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan tersebut, ujar baginda, memperuntukkan tentang proses dan tatacara pelantikan hakim-hakim kanan mahkamah atasan.

“Dalam hal ini, Beta menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara bertarikh 10 Julai 2025 yang menyatakan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan jawatan penting yang lain dalam badan kehakiman setelah mendapat nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja,’’ titahnya.

Jawatan Ketua Hakim Negara kosong selepas Tun Tengku Maimun Tuan Mat secara rasmi menamatkan perkhidmatannya kerana persaraan wajib pada 2 Julai lalu. – 17 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related