◉ HEADLINES

MCMC siasat kandungan palsu sentuh Institusi Diraja, individu dirakam keterangan

MCMC memaklumkan individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 2.30 petang semalam

10:13 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat kandungan palsu menyentuh Institusi Diraja yang dimuat naik oleh individu menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, kandungan berkenaan dipercayai mengandungi dakwaan tidak berasas kononnya Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan awal mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara.

“Dakwaan tersebut mengelirukan orang ramai dan menjejaskan integriti sistem perundangan negara serta kewibawaan Institusi Diraja,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 2.30 petang semalam.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kandungan palsu yang menyentuh agama, kaum dan Institusi Diraja (3R). – 19 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

◉ Related