HEADLINES

Sejumlah RM4 bilion disalurkan untuk STR Fasa 1 dan 2: MOF

MOF berkata terdapat baki dua fasa bayaran STR yang akan dibuat pada Ogos 2025 dan November 2025

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah direkodkan dan sejumlah RM4 bilion disalurkan melalui bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Katanya, terdapat baki dua fasa bayaran STR yang akan dibuat pada Ogos 2025 dan November 2025.

“Kerajaan telah meningkatkan peruntukan ke tahap tertinggi bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion daripada RM10 bilion.

“Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen hari ini.

MOF berkata demikian bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkenaan jumlah peruntukan kewangan yang telah diagihkan bagi 2024 untuk program SARA. 

Bagi program SARA, MOF berkata sehingga 14 Julai, 2025, lebih 4.9 juta daripada keseluruhan penerima SARA telah menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di premis-premis berdaftar.

Ini mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 92 peratus secara keseluruhan bagi bulan keempat pengkreditan

“Seramai 5.4 juta penerima direkodkan dengan jumlah kelayakan SARA untuk setahun sebanyak RM5 bilion.

“Jumlah penerima SARA juga telah ditingkatkan secara signifikan daripada 700,000 kepada 5.4 juta bermula April 2025,” kata kementerian itu.

Tambahnya, kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan program bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. – 24 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related