HEADLINES

Kemboja gesa gencatan senjata serta-merta dengan Thailand

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura memberitahu, Bangkok terbuka untuk mengadakan rundingan dengan Kemboja, mungkin dengan bantuan Malaysia

9:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemboja mahu ‘gencatan senjata serta-merta’ susulan pertempuran berdarah yang berlarutan selama dua hari dengan Bangkok menyatakan kesediaan untuk berunding.

Pertikaian sempadan yang berlarutan sekian lama itu, meletus dan menjadi pertempuran sengit dengan kedua-dua negara menggunakan jet pejuang, artileri, kereta kebal dan tentera darat pada Khamis.

Ia mendorong Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai krisis itu pada Jumaat, lapor AFP.

“Kemboja meminta gencatan senjata serta-merta tanpa syarat dan kami juga menyeru agar pertikaian ini diselesaikan secara aman,” kata utusan Kemboja ke PBB, Chhea Keo, selepas mesyuarat tertutup Majlis itu yang dihadiri oleh wakil Kemboja dan Thailand.

Sementara itu, bunyi dentuman artileri kedengaran dari sebelah sempadan Kemboja pada Jumaat dengan seorang lelaki berusia 70 tahun terbunuh manakala lima lagi cedera di wilayah Oddar Meanchey.

Lebih 138,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sempadan Thailand, lapor Kementerian Kesihatan negara itu.

Ia turut melaporkan 15 orang termasuk 14 orang terbunuh manakala 46 lagi cedera.

Pertempuran bersambung semula di tiga kawasan sekitar jam 4 pagi pada hari Jumaat, menurut tentera Thailans, dengan pasukan Kemboja melepaskan senjata berat, artileri medan, dan sistem roket BM-21, manakala tentera Thailand membalas “dengan tembakan sokongan yang bersesuaian.”

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura, memberitahu AFP pertempuran mulai reda menjelang petang Jumaat, sambil menambah Bangkok terbuka untuk mengadakan rundingan, mungkin dengan bantuan Malaysia.

“Kami bersedia jika Kemboja ingin menyelesaikan perkara ini melalui saluran diplomatik, sama ada secara dua hala atau menerusi Malaysia kami bersedia untuk berbuat demikian.

“Namun setakat ini, kami masih belum menerima sebarang maklum balas,” kata Nikorndej kepada AFP, sebelum mesyuarat PBB diadakan.

Malaysia kini memegang jawatan pengerusi blok serantau Asean, yang turut dianggotai Thailand dan Kemboja.

Terdahulu, Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai memberi amaran jika situasi terus meruncing ‘ia boleh berkembang menjadi peperangan.”

“Buat masa ini, ia masih terhad kepada pertempuran berskala kecil,” katanya kepada wartawan di Bangkok.

Semalam, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet telah bersetuju dengan cadangan gencatan senjata bersama Thailand yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu hantaran di Facebook, Manet berkata beliau bersetuju dengan gencatan senjata itu kerana Kemboja bukan pihak yang memulakan pertempuran.

“Kunci kepada penyelesaian konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja ketika ini ialah kesediaan tulen pihak Thailand untuk menerima gencatan senjata, yang merupakan langkah pertama ke arah mencari penyelesaian seterusnya antara kedua-dua negara,” katanya. – 26 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

AFC breaks silence as Vietnam, Indonesia cry foul over Malaysia’s ‘heritage’ recruits 

FAM insists it followed FIFA rules in fielding five heritage players, as AFC confirms no official complaints have been lodged over Malaysia’s Asian Cup qualifiers squad 

Related