HEADLINES

Tiong beri amaran tindakan tegas terhadap salah guna lesen pelancongan selepas pergaduhan di Semporna

Tiong mengingatkan pengendali pelancongan untuk mengekalkan tahap profesionalism

9:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya didapati menyalahgunakan lesen termasuk permit menyelam, kelayakan pemandu pelancong dan kelulusan agensi pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Menerusi hantaran di Facebook beliau semalam, Tiong berkata tindakan itu sebagai maklum balas terhadap rakaman video tular menunjukkan pergaduhan antara seorang jurulatih selam dan seorang pelancong asing di Semporna, Sabah, yang mencetuskan kebimbingan orang ramai. 

Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku semasa aktiviti menyelam apabila sebuah tangki oksigen diletakkan secara tidak betul di atas dek bot dan terjatuh secara tidak sengaja, lalu mencederakan kaki jurulatih tersebut. Perbalahan kemudian tercetus dan akhirnya berlarutan menjadi pergaduhan fizikal. 

“Kes kini dalam siasatan rasmi dan jurulatih tersebut telah ditahan. Agensi penguat kuasa berkaitan akan berkerjasama rapat untuk menyiasat keseluruhan kejadian dan memastikan proses yang sah, adil serta telus.

“Sementara siasatan dijalankan, MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) akan memantau kes ini dan mengambil tindakan terhadap sebarang ketidakpatuhan dalam aktiviti pelancongan,” katanya.

Tiong turut menggesa semua pengendali pelancongan mematuhi garis panduan keselamatan dan operasi bagi mengelak insiden sama berulang, selain turut menekankan kepentingan kerjasama antara pelancong dan pemandu pelancong serta jurulatih demi memastikan keselamatan mereka dan orang lain. 

Beliau juga mengingatkan pengendali pelancongan agar mengekalkan tahap profesionalisme masing-masing dan melayani tetamu dengan hormat, serta memastikan tiada unsur keganasan, penghinaan dan ugutan berlaku kecuali dalam situasi untuk mempertahankan diri, namun masih perlu bertindak secara tenang dan berusaha menyelesaikan isu dengan baik apabila berdepan tingkah laku kasar. 

“Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa sebagai destinasi yang mesra dan sentiasa mengalu-alukan pelancong. Kita berbangga dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya, dan kita mengalu-alukan kedatangan pelancongan dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2026 tidak lama lagi, semua pihak perlu memainkan peranan menjaga imej negara, memastikan setiap pelawat lebih memahami dan menghormati undang-undang, budaya dan nilai-nilai masyarakat Malaysia.

“Saya menyeru semua pemain industri pelancongan bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, saling menghormati dan profesional agar pelawat dan tuan rumah boleh sama-sama menikmati yang terbaik di Malaysia,” katanya. – 27 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related