HEADLINES

SIS gugur perkataan ‘Islam’, hormati nasihat Sultan Selangor

Organisasi itu akan menggunakan nama berdaftarnya iaitu SIS Forum (Malaysia)

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — SIS Forum (Malaysia) menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada nama yang digunakan secara umum, susulan nasihat Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Pengarah eksekutifnya, Rozana Isa berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan pada 11 Julai lalu, dan akan menggunakan nama berdaftar organisasi berkenaan iaitu SIS Forum (Malaysia).

“Walaupun kami menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada nama pena kami, namun kami tetap teguh dalam komitmen memperjuangkan kesaksaan jantina dan keadilan dalam undang-undang keluarga Islam.

“Akhirnya, kerja yang kami lakukan untuk wanita Islam dan warganegara Malaysia yang paling penting,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 19 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia) dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar, dalam tindakan mereka yang mencabar fatwa dikeluarkan pada 2014 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.

Panel empat hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 3-1 mengetepikan fatwa berkenaan, sejauh mana ia terpakai kepada syarikat dan institusi.

Dalam menyampaikan penghakiman majoriti, Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa ungkapan “menganuti agama Islam” yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai II, Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, hanya merujuk kepada ‘orang sebenar’ (natural persons) dan bukan kepada entiti ‘buatan/tiruan’ (artificial) seperti sebuah syarikat.

Berikutan itu, Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kekecewaan dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyentuh pemakaian fatwa 31 Julai 2014 tidak terpakai kepada SIS Forum (Malaysia), pertubuhan atau institusi, sebaliknya hanya terpakai kepada individu.

Sehubungan itu, Sultan Selangor menggesa SIS Forum tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka.

Baginda menitahkan supaya perkataan ‘Islam’ tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentinga syarikat mereka.

Dalam pada itu, Rozana memberitahu, SIS Forum (Malaysia) akan kekal komited dalam memperjuangkan hak wanita Muslim, terlibat dan melaksanakan reformasi yang perlu, dan bekerjasama dengan para sarjana, pemimpin masyarakat, serta institusi untuk memastikan tiada wanita yang ketinggalan dalam perjuangan menuntut keadilan. – 31 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related