HEADLINES

Rundingan konflik Thailand-Kemboja, hutang Kerajaan Madani antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peranan Malaysia dalam menjayakan rundingan perdamaian serta gencatan senjata konflik Thailand-Kemboja antara fokus persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat menerusi portal Parlimen, perkara berkenaan dibangkitkan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi yang sama, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula memohon penjelasan daripada Perdana Menteri sama ada Kerajaan MADANI menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab.

Sementara itu, pada sesi soal jawab pula, Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) bertanyakan Menteri Luar Negeri mengenai cadangan Joint Development dengan Indonesia di blok ND 6 dan ND 7 Ambalat.

Beliau juga ingin mengetahui sama ada kaedah yang sama digunakan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia Thailand (MTJDA) atau kaedah lain memandangkan hak-hak Sabah begitu juga Sarawak terpelihara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula meminta Perdana Menteri menyatakan hasil keputusan kerajaan selepas sesi libat urus holistik bersama pihak berkepentingan berhubung status penubuhan Ombudsman Malaysia, serta langkah-langkah seterusnya bagi mempercepat pelaksanaan penubuhannya.

Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula bertanya kepada Menteri Pertahanan jika kementerian mempunyai perancangan untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam sistem pertahanan udara negara.

Persidangan Dewan Rakyat selepas itu akan disambung semula dengan sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos. – 5 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related