HEADLINES

Jangan jadikan TikTok pengadil dalam isu kematian Zara Qairina: Fahmi

Fahmi meminta semua pihak berhati-hati dan tidak terlalu percaya dengan apa yang dilihat dalam TikTok dan Telegram

2:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jangan jadikan TikTok sebagai ‘pengadil’ kerana sesiapa sahaja boleh menghasilkan konten termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan perpaduan berkata demikian bagi mengulas mengenai isu kematian pelajar tingkatan 1 sebuah sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, bulan lepas.

“Kita kena hati-hati tentang apa juga bahan yang kita nampak dalam media sosial. Belum tentu benda itu betul, sahih.

“Saya sendiri bila tengok TikTok, saya pun nak percaya. Kalau kita harapkan TikTok jadi pengadil, itu tidak patut kerana sesiapa boleh hasilkan konten sama ada (termasuk) AI,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam Podcast Hello Malaysia bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzi dan mengupas pelbagai tajuk, malam tadi.

Pada Rabu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan semula laporan siasatan awal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melengkapkan siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, buat masa ini, AGC tidak boleh mengulas mengenai tindakan yang akan diambil atau inkues dijalankan bagi menyiasat kematian pelajar perempuan itu.

Menurutnya, maklumat secara terperinci, tidak boleh didedahkan namun terdapat beberapa perkara yang perlu dilengkapkan.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, sebagai seorang bapa, beliau memahami perasaan ibu Zara yang inginkan keadilan.

“Saya ada anak, lebih kurang umur arwah. Sebagai seorang bapa, saya faham perasaan nakkan keadilan untuk arwah adik Zara.

“Dan Perdana Menteri dah bagi jaminan sekiranya ada sesiapa yang terbabit, terkait, (mereka) perlu diheret ke muka pengadilan. Perdana Menteri tidak akan lindungi sesiapa.

“Kita kena bagi sedikit masa, Peguam Negara dah pulang (kertas siasatan) pada polis untuk lakukan beberapa perkara tambahan termasuk lengkapkan dan serah pada pendakwa raya untuk tindakan seterusnya,’’ katanya.

Beliau turut meminta semua pihak supaya bersabar dan jangan terlalu cepat memutuskan apa yang dilihat menerusi TikTok atau Telegram.

“Ada yang cakap arwah dimasuk ke mesin basuh. Benda itu tak berlaku. Jadi saya rasa dalam masa tidak terlalu lama kita akan nampak apa yang sebenarnya berlaku. Beri kepercayaan pada PDRM untuk lakukan siasatan.

“Tidak mahu ada tuduhan pada kanak-kanak lain. Itu jadi satu kesalahan.

“Minta bersabar, beri masa jangan terlalu cepat putuskan apa yang kita lihat di TikTok atau Telegram,’’ katanya. – 8 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related