HEADLINES

Ribuan hadiri himpunan solidariti tuntut keadilan kematian Zara Qairina

Difahamkan, himpunan serupa turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain termasuk di Lahad Datu dan Tawau

9:42 AM MYT

 

SANDAKAN – Ribuan membanjiri Dataran Harbour Mall di sini bagi menghadiri perhimpunan solidariti menuntut keadilan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Himpunan difahamkan bermula seawal jam 7 malam semalam bagi menunjukkan sokongan dengan membawa sepanduk dan kain rentang.

Anggota polis turut berada di lokasi untuk mengawal keadaan himpunan dinamakan Solidariti Untuk Zara itu.

Selain sepanduk dan kain rentang perhimpunan lebih dua jam itu turut diisi dengan deklamasi puisi, ucapan, doa serta persembahan teater.

Penyelaras Sekretariatnya, Mohamad Kadir Abdul Jalil, berkata program itu sebagai tanda solidariti dan simpati terhadap keluarga Allahyarhamah, selain mendesak kebenaran di sebalik insiden itu didedahkan.

“Kami juga menggesa rakan dan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah atau tidak wajar (berhubung kes ini). Serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan.

“Kami tidak menyangka menerima sokongan luar biasa daripada masyarakat. Terima kasih kepada penduduk Sandakan kerana berdiri bersama,” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan malam tadi.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun.

Difahamkan, himpunan serupa turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain termasuk di Lahad Datu dan Tawau.

Penganjur menyatakan himpunan ini diadakan secara aman dan menyeru orang ramai terus bersatu menyuarakan keadilan buat Zara Qairina.

Salah seorang peserta, Muhamad Zarif Samsudin yang juga Pengerusi Masjid Wasatiyyah di Batu Sapi dekat sini, berharap tuntutan keadilan terhadap pelajar berkenaan dapat dizahirkan melalui perhimpunan itu.

Katanya, kehadirannya bukan sekadar tanda sokongan kepada keluarga mangsa, malah mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Kita juga lihat banyak maklumat tidak tepat tersebar. Biarlah pihak berkuasa dan polis menjalankan siasatan serta bertanggungjawab,” katanya lapor BH.

Dalam kejadian 16 Julai lalu, Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. – 9 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related