HEADLINES

MP Tuaran usul kerajaan serah balik Labuan kepada Sabah

'Tidak ada apa-apa yang dibuat oleh Kerajaan Persekutan di Labuan yang boleh dibanggakan. Lebih banyak menyusahkan daripada membangun' kata Madius

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengusulkan supaya Kerajaan Persekutuan menyerahkan kembali Labuan kepada Sabah.

Madius berkata, usul kepada Parlimen itu dibuat berikutan dakwaan penduduk Labuan yang kebanyakannya merasa kesal dan tidak berpuas hati dengan tahap pembangunan di pulau bebas cukai itu.

“Berbanding dengan Putrajaya iaitu satu kawasan dengan keluasan 8,000 ekar ataupun 32 kilometer persegi, Kerajaan Persekutuan memberi pampasan yang begitu besar kepada Selangor, tetapi Kerajaan Sabah tidak dibayar sesen pun.

“..dan apabila ada anak-anak Sabah dan Labuan yang membantah langkah itu secara terbuka, mereka telah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Apapun niat Kerajaan Sabah menyerahkan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan pada 16 April 1984, ramai yang memikirkan bahawa tindakan itu satu keputusan yang dikesali,” katanya di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan itu berkata, langkah Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Labuan sebagai International OffShore Financial Centre juga gagal.

“Tidak ada apa-apa yang dibuat oleh Kerajaan Persekutan di Labuan yang boleh dibanggakan. Lebih banyak menyusahkan daripada membangun.

“Semasa saya bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), saya sedar bahawa tanpa ASB, tidak ada apa-apa di Labuan. Dengan adanya ASB serta kegiatan perniagaannya, lebih 5,000 orang mendapat pekerjaan.

“Untuk makluman, ASB itu adalah anak syarikat Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) iaitu syarikat berkaitan kerajaan milik penuh kerajaan Sabah. Dengan lain perkataan yang memajukan Labuan itu ialah Kerajaan Sabah,” katanya.

Terdahulu, pada sidang Dewan Rakyat Mac lalu, Madius turut menyampaikan pandangan supaya Labuan dikembalikan kepada Sabah sekiranya kerajaan gagal memajukan pulau itu.

Beliau berkata, kadar pengangguran Labuan masih tinggi, walaupun sekian lama diserahkan kepada persekutuan, dengan pelbagai akta percukaian turut diperkenal dan diluluskan.

Menurutnya, kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapitanya adalah kedua tertinggi di Malaysia, selepas Kuala Lumpur iaitu RM85,560, dipercayai berpunca daripada aktiviti dalam sektor minyak dan gas tempatan.

Malah, tahun lalu, bekas ketua menteri yang juga presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mencadang Sabah memulakan rundingan dengan kerajaan Pusat untuk mengambil semula Labuan bagi mengembalikan persempadanan asal negeri ketika pembentukan Malaysia pada 1963. – 26 November, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related