◉ HEADLINES

‘Dulu, kini, selamanya’ Hishammuddin tekad terus berjuang dengan Umno

Keputusan menarik balik penggantungan itu dibuat oleh MT Umno tanpa syarat

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tekad untuk terus berjuang dan berkhidmat dengan Umno selepas penggantungannya ditarik balik.

Menerusi hantaran di Facebook, Hishammuddin berkata, beliau memikul amanah dengan komitmen dan prinsip.

“Alhamdulillah, Majlis Kerja Tertinggi Umno telah menarik semula penggantungan saya selepas tiga tahun. Saya akan terus berjuang dan berkhidmat. Memikul amanah dengan komitmen dan prinsip. Dulu, Kini, Selamanya,’’ demikian kata Ahli Parlimen Sembrong itu.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan Hishammuddin, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar dan lebih 6,000 bekas pemimpin serta ahli diterima kembali menyertai parti itu menerusi inisiatif Gagasan Rumah Bangsa.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Mereka diterima semula tanpa syarat.

Khairy yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno, sebelum ini dipecat daripada Umno pada Januari 2023 bersama beberapa tokoh lain termasuk bekas Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan.

Khairy Jamaluddin berkata tempoh berada di luar Umno telah memberikannya ruang untuk muhasabah dan memperbaiki kelemahan diri. – Gambar fail Bernama, 18 April, 2026.

Dalam pada itu, Khairy berkata, beliau kembali kepada Umno bukan dengan sebarang tuntutan, tetapi dengan tekad untuk berkhidmat dan menyumbang sebaik mungkin kepada kekuatan parti berkenaan.

“Saya menerima keputusan ini dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran, serta menyedari amanah besar yang hadir bersamanya.

“Tempoh di luar parti telah memberi saya ruang untuk muhasabah dan memperbaiki kelemahan diri,’’ katanya.

Menurut Khairy, semoga keputusan berkenaan menjadi titik permulaan baharu untuk melangkah ke hadapan dengan lebih bersatu, matang dan berwibawa.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Zahid atas kebijaksanaan serta pertimbangan yang diberikan dalam menerima kembali permohonan saya sebagai ahli parti.

“Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada seluruh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang telah membuat keputusan ini dengan penuh hikmah dan keinsafan terhadap masa depan perjuangan parti,’’ katanya. – 18 April, 2026

.

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related