◉ HEADLINES

Muhyiddin serah permohonan pinda perlembagaan Bersatu kepada RoS pagi esok

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diiringi Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beberapa pemimpin kanan untuk menyerahkan dokumen itu

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyerahkan pindaan perlembagaan parti itu ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi esok.

Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata, Muhyiddin akan menyerahkan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan sebulat suara pada Mesyuarat Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu.

“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bersetuju menyerahkan mandat kepada Muhyiddin untuk menyerahkan dokumen pindaan perkara 10 perlembagaan parti kepada RoS,” katanya seperti dilaporkan media, hari ini.

Menurutnya, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh akan diiringi Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beberapa pemimpin kanan untuk menyerahkan dokumen itu.

Terdahulu, Bersatu dilapor meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.

Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ia membabitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang); Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Pada Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan tidak akan ada campur tangan politik dalam soal permohonan Bersatu untuk meminda perlembagaan parti itu.

Beliau menegaskan pihaknya tidak sekali-kali berbuat demikian dan menjadi satu kesilapan besar sekiranya pembangkang cuba mendakwa ada campur tangan politik dalam sebarang keputusan akan dibuat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kelak.

“Itu masalahnya, sebab mereka pernah buat campur tangan politik, jadi mereka fikir saya akan buat macam apa yang mereka buat.

“Dia pernah buat campur tangan politik ke atas akta pertubuhan, jadi mereka fikir Menteri Dalam Negeri ini akan buat seperti yang mereka buat, silap besarlah,” katanya. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Sepang F1 event must put petty traders in the fast lane: Anwar

PM calls for preparations to help small businesses capitalise on increased visitor traffic during Bahrain Grand Prix

Three new transport hubs identified for KL-Singapore express bus service: Loke

The Transport Minister announces plans to relocate Kuala Lumpur-Singapore express buses to safer, licensed areas at Lalaport, One Utama, and IOI City Mall, improving passenger comfort and reducing congestion.

Strengthening graduate employability and labour market alignment in Malaysia – Ramanan Ramakrishnan

With unemployment at an 11-year low, data from MYFutureJobs highlights growing demand for skilled roles and the need to better align graduate expectations with industry needs

◉ Related