HEADLINES

Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid kembali sertai Umno

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

9:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar merupakan antara yang diterima kembali menyertai parti itu, menerusi inisiatif Gagasan Rumah Bangsa.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka bersama 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat Umno Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia diterima kembali menyertai Umno tanpa syarat.

Perkara berkenaan, katanya, diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Melaka, semalam.

“Antara ketetapan yang diputuskan dalam ialah menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh Presiden Umno untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor.

“Ini semua nama-nama yang telah pun dibawa ke Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Khaled Nordin dan diangkat kepada Majlis Tertinggi tadi. Dari segi perlembagaannya, semua ini memang kena melalui Majlis Tertinggi,” katanya dalam kenyataan.

Khairy yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno, sebelum ini dipecat daripada Umno pada Januari 2023 bersama beberapa tokoh lain termasuk bekas Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, MKT juga membuat pindaan terhadap peraturan keahlian Umno dengan membolehkan pendaftaran secara atas talian bagi mempermudahkan kemasukan ahli baharu terutama dalam kalangan anak-anak muda.

Mengenai kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak dan inflasi global disebabkan kesan peperangan di Iran, beliau memberitahu Majlis Kerja Tertinggi menyarankan agar negeri-negeri yang diterajui pimpinan Umno khususnya Johor, Melaka, Perak dan Pahang agar memfokuskan bantuan-bantuan tambahan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang terkesan.

Mengenai Sambutan 80 Tahun Umno, beliau berkata pelbagai program itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula 1 hingga 5 Mei, termasuk Konvensyen 80 Tahun Umno, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan serta Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri Umno bersama ahli-ahli baharu.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat malam tadi turut memberi kebenaran kepada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara fizikal dan dalam talian bagi tahun yang tidak melibatkan pemilihan parti, selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan Umno. – 18 April, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related