HEADLINES

Proses gali semula kubur Zara Qairina selesai, bedah siasat dijalankan esok

Proses bedah siasat itu dijangka dijalankan pada jam 9 pagi esok

8:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses bedah siasat ke atas pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir dijangka dijalankan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE), Kota Kinabalu, esok.

Peguam Hamid Ismail, yang mewakili keluarga Zara Qistina berkata, proses gali semula kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, selesai pada jam 7.15 pagi tadi.

Bedah siasat itu dijangka dijalankan jam 9 pagi esok.

“Jenazah akan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu.

“Proses gali semula kubur dijalankan oleh Forensik dan disaksikan oleh ibu Zara Qairina, majistret, dua pendakwa raya, peguam, wakil JHEAINS dan Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1,’’ katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, orang ramai berkumpul di kawasan berkenaan bagi menyaksikan proses tersebut namun mereka tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan itu.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenaza

Langkah itu bertujuan memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Allahyarham.

Media sebelum ini melaporkan ibu Zara, Noraidah Lamat, 45, memohon kubur anaknya itu digali semula demi mendapat jawapan dan keadilan.

Pada Isnin lalu, AGC memaklumkan menerima laporan penuh siasatan awal berhubung kes itu pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat AGC di Putrajaya. Bagaimanapun, AGC menyerahkan kembali laporan penuh siasatan awal kepada polis untuk melengkapkan siasatan.

Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang pada jam 4 pagi 16 Julai lalu.

Allahyarham disahkan meninggal dunia keesokannya selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu. – 9 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related