HEADLINES

Imigresen nafi lantik pihak ketiga, ‘Datuk’ urus PLKS

Ketua Pengarah berkata dakwaan itu dikesan menerusi satu muat naik video tular di media sosial beberapa hari lalu

10:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan tular mengatakan wujud individu bergelar Datuk yang boleh menguruskan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau ePass bagi membebaskan tahanan di depot imigresen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban, berkata dakwaan itu dikesan di media sosial sejak 7 Ogos lalu menerusi perkongsian video tular pertemuan sepasang suami isteri dengan pemilik akaun media sosial terbabit.

“Pasangan itu mendakwa membayar RM5,000 kepada individu bergelar Datuk untuk memohon PLKS bagi membebaskan adik mereka yang ditahan di depot.

“Walaupun bayaran dibuat dan imbasan kod QR pada permit kerja wujud dalam sistem, adik mereka masih belum dibebaskan malah janji kononnya boleh dilepaskan di mahkamah juga tidak berlaku,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut lapor FMT memetik Sinar Harian.

Menerusi semakan dengan pemilik akaun berkenaan mendapati ePass yang ditunjukkan disyaki palsu kerana kod QR telah diubah suai manakala semakan silang melalui sistem MyIMMs menggunakan nombor pasport menunjukkan tiada rekod PLKS.

Menurutnya, semua urusan imigresen hanya boleh dilakukan melalui saluran rasmi di kaunter jabatan atau secara dalam talian di portal rasmi.

“Tiada pegawai atau pihak ketiga dibenarkan menguruskan permohonan di luar prosedur,” katanya.

Zakaria turut meminta pihak yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa penipuan segera membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca penyalahgunaan maklumat dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat,” katanya. – 10 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related