HEADLINES

Isu Jalur Gemilang: PAS nasihat DAP, Umno cari jalan damai, hayati prinsip Rukun Negara

PAS secara tegas telah menasihati Pemudanya supaya tidak campur dalam peristiwa tersebut

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP dan Umno sepatutnya mencari jalan damai secara dalaman tanpa perlu melibatkan orang lain dalam isu Jalur Gemilang, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, arahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke supaya sayap pemuda DAP membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Salleh berkait himpunan yang berlangsung di Kepala Batas, Pulang Pinang, baru-baru ini sebagai sesuatu yang berlebih-lebihan, janggal malah berpotensi memburukkan lagi keadaan.

Kedua-dua pihak, ujar Takiyuddin, hendaklah menghormati dan menyokong proses rasmi siasatan polis yang sedang berjalan tanpa menambah tekanan yang tidak perlu.

Jelas beliau, PAS secara tegas telah menasihati Pemudanya supaya tidak campur dalam peristiwa tersebut.

“Sebagai parti-parti yang menganggotai gabungan politik yang sama di peringkat pusat dan negeri, DAP dan Umno sepatutnya mencari jalan damai secara dalaman tanpa perlu melibatkan orang lain, sama ada pihak polis dengan beban kerja tidak perlu atau orang awam dengan naratif tidak sihat dan tidak

“Kegagalan berbuat demikian oleh dua parti kerajaan ini hanya akan membawa kita hanyut malah boleh menjerumus kita kepada masalah berisiko yang lebih besar.

“PAS percaya kedua-dua pihak hendaklah menghormati dan menyokong proses rasmi
siasatan polis yang sedang berjalan tanpa menambah tekanan tidak perlu,’’ katanya menerusi kenyataan.

DAP sebelum ini mengarahkan sayap Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara membuat laporan polis terhadap tindakan Akmal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengetuai perarakan dan demonstrasi di hadapan sebuah kedai logam di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ia susulan isu melibatkan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang mengibar Jalur Gemilang terbalik, Sabtu lalu.

Pemilik kedai tersebut berkata beliau bersedia menerima sebarang tindakan perundangan yang akan dikenakan terhadapnya dan mengakui kesilapan itu tidak disengajakan serta bertanggungjawab atas insiden itu.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, tindakan tidak berhemah dan berlebih-lebihan di satu pihak hanya akan mengundang respons yang serupa atau lebih buruk daripada pihak yang satu lagi.

Jelasnya, isu yang melibatkan seorang individu pada asalnya akan menarik masyarakat dalam kitaran ganas yang tidak bermanfaat mahupun berkesudahan.

“Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 yang bakal tiba beberapa ketika lagi, PAS menggesa semua pihak supaya kembali menghayati teras dan falsafah pembentukan negara serta prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai pedoman bersama untuk benar-benar merealisasikan cita-cita perpaduan dan kemakmuran semua tanpa mengira latar belakang kaum, budaya atau kepercayaan,’’ katanya. – 17 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Related