HEADLINES

Takiyuddin sah tidak bertanding jawatan parti

Takiyuddin menghargai mereka yang mencalonkannya namun menegaskan besar kemungkinan 99.9% tidak akan bertanding

11:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan tidak akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti yang dijadual bulan depan.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, beliau tidak bertanding apa-apa jawatan sejak lebih 10 tahun, sebaliknya hanya menerima tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

“Saya sangat berterima kasih kepada akar umbi yang mencalonkan nama saya dalam pemilihan ini.

“Bagaimanapun, saya menegaskan 99.9 peratus saya tidak akan bertanding,” katanya, lapor Berita Harian.

Pada Khamis, Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat telah mengumumkan senarai calon yang layak bertanding bagi pemilihan jawatan parti untuk sesi 2025/2027.

Tan Sri Abdul Hadi Awang diumumkan sebagai calon tunggal jawatan Presiden, manakala Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai calon tunggal jawatan Timbalan Presiden.

Sementara bagi jawatan Naib Presiden pula menyaksikan empat calon bertanding dengan tiga daripadanya adalah penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Abdullah, dengan penambahan calon iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Bagi jawatan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, dua calon disahkan bertanding iaitu Datuk Ahmad Yahaya dan Datuk Mohd Nor Hamzah.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pula menyaksikan dua calon bakal bersaing iaitu penyandang, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Mohamed Sukri Omar. – 23 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related