◉ HEADLINES

‘Jika pendapatan rakyat masih rendah dan GST bersifat meluas, mengapa naikkan SST’?: Ka Siong

Presiden MCA mendakwa kerajaan terlalu 'sayang' sistem SST berbanding GST yang lebih cekap dan telus

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Kewangan (MOF) yang belum berhasrat melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sifatnya yang meluas dan pendapatan rakyat masih rendah.

Beliau berkata, jika GST disifatkan meluas, tidakkah SST yang dilaksanakan hari ini juga bersifat meluas dan akan mewujudkan cukai bertindih atau ‘cascading effect’.

“Jika kerajaan akui pendapatan rakyat masih rendah, kenapa naikkan kadar SST dari 6% kepada 8%?.”

“Kenapa perkenalkan cukai-cukai baharu seperti Cukai Perkhidmatan Digital (DST) 8%; Cukai Barang Bernilai Rendah (LVGT) 10%; Cukai Keuntungan Modal (CGT) 10%; Cukai Karbon; Cukai Dividen 2%; serta menaikkan caj perkhidmatan penumpang (PSC) atau cukai lapangan terbang dan kenaikan Duti Stem?,” katanya dalam perkongsian di Facebook miliknya, hari ini.

Presiden MCA itu turut mempersoalkan mengapa laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan (Tinjauan Fiskal 2024) yang diterbitkan Kementerian Kewangan menyatakan bahawa GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding SST.

“Kementerian Kewangan berhasrat untuk menarik balik laporan ini dan membuat suntingan semula?,” soalnya sinis.

Malah, media sebelum ini melaporkan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mendakwa hampir 97% barangan kini dikenakan cukai.

“Menurut jawapan yang saya terima ini, Kementerian nampaknya terlalu ‘sayang’ sistem SST berbanding GST yang lebih cekap dan telus serta dilaksanakan di lebih 170 buah negara seluruh dunia.

Apapun, beliau kekal dengan pendirian bahawa GST lebih baik berbanding SST dan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula pelaksanaan GST yang ditambah baik, katanya. – 27 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related