HEADLINES

Kes serangan Sultan Nazrin: Wanita didakwa lakukan jenayah kekerasan

Mahkamah berkata kes ditetapkan untuk sebutan pada 8 Oktober ini

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Nurhaswani, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, kira-kira jam 8.20 pagi, 31 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, pertuduhan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan kecederaan parah itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguam M Saravanan, kelihatan tenang, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan, lapor BH.

Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul, memaklumkan tiada pengakuan akan direkodkan memandangkan laporan awal dari Hospital Bahagia Ulu Kinta mengesahkan tertuduh menghidap skizofrenia.

“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon perintah di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah untuk mendapatkan penilaian psikiatri lanjut bagi menentukan keadaan mentalnya dan kesesuaian untuk diadili,” katanya.

Majistret Mohd Harith membenarkan permohonan dan memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri lanjut bagi mendapatkan laporan penuh sebelum prosiding diteruskan.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 8 Oktober ini.

Pada 31 Ogos lalu, Nurhaswani ditahan ketika cuba mendekati Sultan Nazrin di pentas utama ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang. – 8 September, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related