HEADLINES

Skandal Lebuh Raya MEX II: 9 lagi individu bakal didakwa di mahkamah

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata kesemua individu ini dipercayai terbabit dengan transaksi dana melibatkan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, sembilan lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah membabitkan siasatan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram projek Lebuhraya MEX II akhir bulan (September) ini.

Beliau berkata, kesemua individu ini dipercayai terbabit dengan transaksi dana melibatkan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

“Kami jangka semua mereka akan dituduh sebelum hujung bulan ini,” katanya di Ibu Pejabat SPRM semalam lapor Sinar Harian.

Dalam laporan media sebelum ini, Abu Sahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Putrajaya semalam (Isnin) atas empat pertuduhan pecah amanah lebih RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM139.2 juta, membabitkan projek Lebuhraya MEX II.

Difahamkan, ia adalah projek sambungan MEX II yang menghubungkan Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Abu Sahid juga bakal berdepan tujuh lagi pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak lama lagi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib berkata, Abu Sahid akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109, melibatkan jumlah keseluruhan RM145 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas pengarah syarikat pembinaan, Datuk Yap Wee Leong, turut berdepan 18 pertuduhan membabitkan dana ratusan juta ringgit.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, sembilan pertuduhan adalah di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 membabitkan RM209 juta, manakala sembilan lagi di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 melibatkan RM387 juta.

Menurutnya, pada hari sama, Abu Sahid turut dituduh dengan empat pertuduhan pecah amanah melibatkan RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139.2 juta.

Jelasnya, Yap pula berdepan dakwaan menggunakan 17 dokumen tuntutan palsu antara Jun 2017 hingga April 2018.

Kes berkenaan ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 November depan. – 9 September, 2025

Topics

 

Hangat

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Over 1,700 Malaysian products to enjoy zero tariffs under new US trade deal

Palm oil, rubber, cocoa and aerospace equipment among exports covered under the Reciprocal Trade Agreement signed between Malaysia and the United States

Malaysia bans ‘Hong Thai Inhaler’ after Thailand recall over bacterial contamination

Health Ministry blocks online sales and warns public to stop using the unregistered product, citing serious health risks

Related