◉ HEADLINES

Mahkamah keluar injuksi halang Telegram sebar kandungan ‘berbahaya’, arah 33 artikel dipadamkan

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan injunksi larangan menghalang Telegram daripada menyebarkan kandungan berbahaya yang didakwa boleh menghakis kepercayaan terhadap institusi awam dan menjejaskan ketenteraman.

Perintah berkenaan dikeluarkan Hakim Mahazan Mat Taib dalam saman yang difailkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Telegram.

Hakim turut membenarkan permohonan kerajaan melalui MCMC untuk memadam 33 artikel yang dipertikaikan dalam dua akaun Telegram – Edisi Siasat dan Edisi Khas, lapor BH.

Perkara berkenaan disahkan peguam mewakili MCMC, Datuk S N Nair kepada wartawan selepas prosiding yang dijalankan di kamar mahkamah hari ini.

Menurut Nair, mahkamah turut menetapkan 24 September untuk pengurusan kes seterusnya.

Beliau juga berkata, mahkamah menolak permohonan injunksi mandatori untuk menyekat akaun Telegram lain pada masa depan yang mungkin menyiarkan kandungan sama, dengan alasan mahkamah tidak boleh memaksa syarikat itu melakukan penapisan sendiri.

Dari segi undang-undang, injunksi larangan menghalang sesuatu pihak daripada melakukan perbuatan tertentu, manakala injunksi mandatori pula memaksa pihak berkenaan mengambil tindakan khusus.

MCMC pada 19 Jun lalu telah memperoleh injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang penerbitan semula kandungan daripada dua saluran Telegram, Edisi Siasat dan Edisi Khas.

Ia susulan permohonan MCMC untuk memfailkan tindakan sivil terhadap kedua-dua saluran berkenaan yang dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, ia susulan kegagalan serius Telegram dalam mengekang kandungan yang berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan.

“Kedua-dua saluran ini dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelas kenyataan itu yang mengesahkan ia tindakan pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial. – 11 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related