HEADLINES

Tujuh ditahan cetus kekecohan di Kg Sungai Baru, suspek dipercayai ada kaitan dengan sebuah pertubuhan

Ada yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau seperti pecah rumah dan kes lain

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki yang ditahan selepas didakwa mencetuskan kekecohan dan mencederakan seorang pegawai kanan polis dalam operasi pengosongan 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru Khamis lalu, dipercayai ketua dan ahli kepada sebuah pertubuhan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus bagaimanapun tidak mendedahkan nama pertubuhan berkenaan.

Menurutnya, mereka yang ditahan bukan penduduk yang beralamat di Kampung Sungai Baru.

“Saya tidak dapat mendedahkan sama ada mereka ini ada agenda atau kepentingan lain kerana siasatan masih dijalankan. Saya juga ingin menegaskan jika didapati ada lagi tindakan agresif ke atas penguatkuasa, tindakan awal akan diambil,’’ katanya, lapor Bernama.

Pada sidang media malam tadi, Fadil juga memberitahu polis masih lagi mengesan beberapa suspek dan tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan akan dilakukan.

Dalam pada itu, beliau berkata semua tujuh lelaki yang ditahan itu berusia antara 15 hingga 50 tahun dengan enam daripada mereka direman antara dua hingga tiga hari bermula semalam manakala seorang lagi telah didakwa di mahkamah.

“Suspek yang dituduh, iaitu berusia 26 tahun mengaku bersalah, didenda RM1,500 dan ketika ini telah dibebaskan.

Jelasnya, ada yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau seperti pecah rumah dan kes lain.

“Polis akan memohon perlanjutan reman untuk suspek yang lain bagi meneruskan siasatan,’’ katanya.

Setakat ini, katanya, tiga kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 dan Seksyen 324 kanun yang sama.

Sementara itu, katanya Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Suzilme Affendy Sulaiman yang mengalami kecederaan di kepala dalam insiden berkenaan masih menerima rawatan, namun keadaannya baik dan tidak dimasukkan ke wad hospital.

Suzilme Affendy cedera di kepala selepas dipercayai dibaling dengan objek ketika terlibat dalam mengawal keadaan ketika operasi pengosongan rumah dijalankan di Kampung Sungai Baru, baru-baru ini. – 13 September, 2025

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related