HEADLINES

14 Adun Umno, BN setuju terus sokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan: Zahid

Langkah yang diambil oleh kesemua Adun itu pada asalnya berniat baik agar institusi diraja dan adat di Negeri Sembilan terus dihormati serta didukung oleh semua rakyat, khususnya wakil rakyat UMNO dan BN, kata Zahid

8:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bersetuju untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu bagi memastikan kestabilan politik terus terpelihara.

Menurut Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan berkenaan dicapai hasil perbincangan bersama dengan semua wakil rakyat terbabit hari ini.

“Langkah yang diambil oleh kesemua Adun itu pada asalnya berniat baik agar institusi diraja dan adat di Negeri Sembilan terus dihormati serta didukung oleh semua rakyat, khususnya wakil rakyat UMNO dan BN,” katanya, lapor Bernama.

Isnin lepas, kesemua 14 Adun Umno dan BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ia susulan kemelut pemerintahan yang berlaku dan pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN dan Setiausaha DUN.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Aminuddin akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar seperti dititahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, parti berkenaan di peringkat nasional menghormati pandangan Adun berkenaan namun mereka akhirnya bersetuju untuk terus bersama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan agar tidak berlaku sebarang penggugatan demi kepentingan rakyat.

Tegasnya, Malaysia kini berdepan cabaran ekonomi global, semua pihak harus bersatu hati untuk mendukung hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan kestabilan politik.

“Apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri ialah mewujudkan kestabilan politik demi untuk kita bersama-sama menghadapi apa yang disebut sebagai krisis global… demi kepentingan rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan Adun terbabit adalah langkah untuk menukar Menteri Besar, Ahmad Zahid berkata sebarang pertikaian harus diselesaikan melalui perbincangan.

“BN dan Pakatan Harapan mempunyai perjanjian 18 perkara… antara inti pati perjanjian itu ialah sekiranya terdapat sebarang pertikaian atau permasalahan, kita harus kembali ke meja perbincangan untuk mencapai penyelesaian,” katanya. – 30 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related