◉ HEADLINES

Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun

7:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi. 

Beliau berusia 66 tahun. Allahyarham meninggalkan dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh anak.

Pemergian Bung Moktar disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Mokhtar, melalui satu hantaran di Facebook awal pagi ini.

“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H). 

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,’’ tulisnya.

Dalam pada itu, Bendahari Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, dalam satu hantaran di Facebook, menggambarkan Allahyarham sebagai seorang tokoh dihormati yang menumpukan sebahagian besar hidupnya kepada pembangunan dan kemajuan politik Sabah.

“Allahyarham merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa, khususnya dalam arena politik Sabah dan pembangunan negeri yang kita cintai ini. Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat dan negeri.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama orang-orang beriman serta dikurniakan syurga sebagai tempat persemadian,’’ katanya.

Malam tadi, Bung Moktar dilaporkan menerima rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu selepas mengalami kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru yang serius.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru-baru ini, Bung Moktar mengekalkan kerusi Lamag dengan majoriti 153 undi dalam pertandingan enam penjuru, setelah memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri sebelumnya.

Dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan, beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan pada 1999, dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu selama lebih dua dekad. – 5 Disember 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related