HEADLINES

Subsidi bersasar RON95: Guna pelbagai mekanisme, bukan MyKad semata-mata, kata Armizan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, antaranya melalui aplikasi yang telah disediakan syarikat minyak seperti Setel dan Shell App

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan tidak bergantung kepada MyKad fizikal semata-mata.

Beliau berkata, justeru orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya berdepan kesukaran apabila ingin membeli petrol bersubsidi akibat MyKad yang rosak kerana mereka boleh memilih pelbagai mekanisme disediakan untuk mendapatkan subsidi itu.

Menurut Armizan, antaranya melalui aplikasi yang telah disediakan syarikat minyak seperti Setel dan Shell App yang membolehkan orang ramai menikmati subsidi itu dengan lebih mudah dan cepat.

“Pengguna juga boleh menggunakan kaedah pembayaran di terminal pembayaran di luar atau di dalam stesen minyak untuk membeli petrol bersubsidi itu. Jadi, jangan khuatir, jangan anggap bahawa MyKad (fizikal) hanya satu-satunya kaedah.

“Walaupun semuanya akan disandarkan kepada kelayakan yang ada dalam MyKad, pembelian itu tidaklah hanya bergantung pada satu kaedah semata-mata,” katanya kepada media di Penampang hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu, beliau menghadiri Konvensyen Mahasiswa Sabah yang diadakan selama sehari di sini dan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta dihadiri lebih 1,000 mahasiswa dari seluruh negeri.

Tegas Armizan, kerajaan memastikan persiapan yang teliti telah dilakukan sejak awal tahun demi kelancaran pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan diumumkan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Kita akan memastikan langkah ini berjalan dengan lancar dan tidak akan membebankan rakyat, apatah lagi menyebabkan ada tuduhan bahawa rakyat akan terpaksa beratur panjang nanti,” katanya. – 21 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related