HEADLINES

CCTV berteknologi tinggi akan dipasang di pusat tahanan APMM, lokap AADK seluruh negara

Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan keselamatan tahanan terpelihara

9:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memasang kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi di semua pusat tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lokap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 7 semalam bagi memastikan keselamatan tahanan.

“Perhatian serius diberikan dalam usaha meningkatkan kecekapan agensi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan tahanan terpelihara,” katanya ketika memuat naik perkongsian di laman Facebook hari ini.

Menurut Anwar, ia juga sebahagian inisiatif strategik kerajaan, selaras Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) untuk memenuhi keperluan agensi penguatkuasaan dalam menghadapi cabaran keselamatan dan memperkukuh pemantauan ke atas pusat tahanan.

Jelasnya kerajaan turut memandang serius insiden berulang melibatkan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara yang bukan sahaja melanggar kedaulatan maritim negara, bahkan menyebabkan ketirisan hasil laut negara yang menjejaskan ekonomi dan sumber rezeki nelayan tempatan.

“Atas keprihatinan dan pendirian Kerajaan untuk tidak berkompromi dalam isu kedaulatan perairan negara, mesyuarat bersetuju supaya isu-isumelibatkan perairan negara diatasi melalui usahasama strategik antara Malaysia dan negara-negara terlibat.

“Reformasi dasar dan perundangan yang dipersetujui semalam mencerminkan iltizam kerajaan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa responsif terhadap keperluan keselamatan negara serta mendukung prinsip kecekapan, ketelusan dan keberkesanan dalam tatakelola sektor awam,” katanya. – 26 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related