◉ HEADLINES

Delegasi keluar Perhimpunan Agung PBB, boikot ucapan Netanyahu

Netanyahu sifatkan keputusan dibuat negara barat yang mengiktiraf sebuah negara Palestin sebagai 'memalukan'

10:07 AM MYT

 

NEW YORK – Majoriti delegasi negara meninggalkan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat sebagai tanda protes ketika pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan.

Tindakan luar biasa yang itu dilakukan sebagai membantah kekejaman berterusan Israel ke atas penduduk Palestin.

Setakat ini genosid berterusan Israel di Semenanjung Gaza meragut lebih 65,000 nyawa penduduk Palestin sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Dalam ucapannya itu, Netanyahu yang juga Perdana Menteri Israel cuba mempertahankan kekejaman tersebut selain mengecam sekutu Barat ketika kritikan global terhadap perang yang hampir dua tahun itu semakin memuncak, lapor Al-Jazeera.

Netanyahu, yang semakin ‘terasing’ itu mengecam ‘keputusan’ dibuat oleh beberapa negara barat sejak kebelakangan ini bagi mengiktiraf sebuah negara Palestin.

“Keputusan memalukan anda itu akan menggalakkan keganasan terhadap orang Yahudi, dan terhadap orang tidak bersalah di seluruh dunia,’’ katanya.

Netanyahu, yang sedang berdepan dengan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tuduhan jenayah perang di Gaza, menyampaikan ucapannya dalam dewan yang hampir lengang ketika ramai delegasi meninggalkan dewan Perhimpunan Agung PBB.

Dalam pada itu, ribuan orang turun ke jalan raya di New York bagi membantah kehadiran Netanyahu dan mengecam perang Israel ke atas Gaza.

“Dia tidak dialu-alukan di New York City,” kata seorang wakil Pergerakan Belia Palestin kepada Al Jazeera ketika demonstrasi itu.

“Adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan apabila pegawai yang dipilih di Amerika Syarikat, di New York City dan di peringkat negara membentangkan karpet merah untuknya,’’ tegas beliau. – 27 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related