HEADLINES

Selepas beberapa bulan ditutup, Malaysia buka semula kedutaan di Iran

Duta Besar Malaysia ke Iran juga sudah kembali bertugas di Tehran dan operasi berjalan seperti biasa

12:02 PM MYT

 

NEW YORK – Malaysia membuka semula kedutaannya di Iran selepas ia ditutup sementara berikutan konflik yang melanda negara berkenaan pada Jun lepas.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar, juga telah kembali bertugas di Tehran selepas pulang ke tanah air seketika melalui penerbangan dari Ashgabat, Turkmenistan ketika konflik berlaku.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan tarikh sebenar kedutaan itu dibuka semula dan beroperasi.

“Penutupan sementara (kedutaan) itu telah pun selesai. Duta Besar kita sudah kembali ke Tehran dan operasi berjalan seperti biasa. Kita berharap tiada lagi konflik berlaku.

“Sekiranya berlaku ketidaktentuan di Asia Barat, kesannya bukan sahaja dirasai di Asia Tengah, malah seluruh dunia termasuk Malaysia turut menerima tempiasnya walaupun berada jauh,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025 di sini, Sabtu.

Jun lalu, Malaysia menutup kedutaan di Iran susulan ketegangan memuncak antara Iran dan Israel selepas serangan udara tanpa provokasi rejim Zionis ke atas wilayah republik berkenaan.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel.

Ekoran itu, Kementerian Luar mengambil keputusan membawa pulang rakyat Malaysia termasuk Duta Besar, kakitangan kedutaan dan keluarga mereka ke tanah air melalui penerbangan melibatkan laluan Ashgabat, Turkmenistan ke Bangkok, Thailand sebelum kembali ke Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia menubuhkan Kedutaan di Tehran pada 1970, manakala Iran membuka Kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1981. – 28 September, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Related