◉ HEADLINES

Hampir 2 juta saman jalan raya tertunggak, JPJ gesa bayar sebelum 31 Disember

JPJ berkata pengguna yang menjelaskan saman tertunggak dalam tempoh tawaran istimewa hanya dikenakan bayaran RM150 dan dikecualikan daripada Mata Kejara

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menyenarai hitam hampir dua juta pengguna jalan raya sekiranya gagal menjelaskan saman tertunggak sebelum 31 Disember ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata angka itu merangkumi 1,458,577 saman kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS), 296,684 notis 114 (temu siasat berkaitan ubah suai kenderaan) dan 164,598 notis 115 (pemeriksaan kenderaan), menjadikan keseluruhan 1,919,859 notis saman tertunggak.

“Sepanjang tempoh Januari hingga semalam, sebanyak 855,300 notis saman telah diselesaikan menerusi tawaran kadar istimewa atau flat rate yang diperkenalkan kerajaan bermula 1 Jan lepas. Namun, angka saman tertunggak masih tinggi dan menunjukkan tahap kesedaran pengguna jalan raya masih rendah,” katanya.

Muhammad Kifli berkata pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tertunggak sepanjang tempoh tawaran kadar istimewa hingga 31 Disember, hanya dikenakan bayaran RM150 dan dikecualikan daripada Mata Kejara (Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya).

“Selepas tamat tempoh tersebut, kadar kompaun akan kembali kepada RM300 serta dikenakan Mata Kejara, manakala pesalah trafik juga akan disenarai hitam,” katanya kepada media selepas Ops Khas Gempur Perdagangan di Kota Bharu, malam tadi.

Beliau berkata saman AwAS adalah kategori paling banyak direkodkan, menamakan Terowong Menora, Perak sebagai lokasi tertinggi mencatat purata 3,000 saman sehari pada musim cuti persekolahan dan perayaan.

“Negeri paling tinggi jumlah saman ialah Selangor, Perak dan Johor, iaitu antara negeri yang mempunyai paling banyak kamera AwAS. Setakat ini, terdapat 49 kamera AwAS yang beroperasi di seluruh negara bagi penguatkuasaan had laju dan lampu isyarat,” katanya lagi.

Tambahnya, terdapat saman yang masih tertunggak sejak lebih 10 tahun, khususnya melibatkan notis 114 dan 115.

Justeru itu, beliau menyeru semua pengguna jalan raya untuk segera melangsaikan saman tertunggak bagi mengelakkan tindakan lebih tegas selepas tamat tempoh tawaran.

“Masih ada lebih kurang tiga bulan lagi. Ambil peluang ini untuk menyelesaikan saman dengan kadar istimewa dan elak daripada dikenakan tindakan lebih berat selepas ini,” katanya. – 30 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related