HEADLINES

GSF: Semua 23 sukarelawan selamat, bawa pulang sebaik rundingan akhir pembebasan dimuktamad

SNCC mengesahkan perkembangan ini selepas berhubung melalui wakil dan peguam yang berada di Jordan

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan Israel ketika misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dalam keadaan selamat dan stabil.

Kerajaan melalui SNCC dan Wisma Putra menurut beliau, sedang bersiap sedia untuk membawa pulang semua sukarelawan Malaysia, sebaik proses rundingan akhir pembebasan mereka dimuktamadkan.

“Pihak SNCC berhubung melalui wakil dan peguam kita yang berada di Jordan. Kita mengesahkan semua delegasi Malaysia berada dalam keadaan selamat dan stabil.

“SNCC bersama kerajaan kini dalam keadaan bersiap sedia untuk berlepas dan melaksanakan operasi bagi membawa pulang semua 23 delegasi Malaysia,” katanya kepada media di SNCC, hari ini.

Proses rundingan pembebasan jelas Sani berdepan sedikit kesukaran apabila pada peringkat awal keseluruhan delegasi GSF dihalang daripada mendapat hak khidmat guaman dan wakil Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH).

“Pada mulanya wakil guaman hanya dibenarkan bertemu dengan 20 orang peserta sahaja dan tidak dapat menemui mereka untuk kali kedua kerana proses rundingan terganggu.

“Fasa kedua rundingan ini penting kerana ia membabitkan rundingan akhir dan penandatanganan surat atau deklarasi untuk mereka dikeluarkan daripada tahanan Israel,” katanya.

Sani berkata, pihaknya dimaklumkan 458 peserta GSF masih ditahan rejim Zionis, manakala empat warga Itali sudah dibebaskan.

Beliau turut mengesahkan laporan bahawa sebahagian peserta termasuk rakyat Malaysia digari menggunakan ‘zip-tie’ selama kira-kira lima jam selepas mereka melaungkan slogan Free Palestine, selain dinafikan akses kepada air, tandas, makanan serta hak bertemu wakil guaman.

“Delegasi kita kini ditempatkan di Penjara Ktzi’ot, Israel dan sudah menandatangani borang ‘Request of Immediate Departure’. Kita sedang menanti perkembangan seterusnya bagi tiga peserta lain yang belum sempat ditemui kerana cuti umum di negara itu,” katanya, lapor BH.

Dalam perkembangan berkaitan, barangan bantuan kemanusiaan yang dibawa misi GSF seperti beras, mi segera, biskut, ubat-ubatan dan bekalan lain masih berada di atas kapal yang dipintas Israel, kata Sani sambil mengajak rakyat Malaysia mendoakan semua sukarelawan segera dibebaskan. – 4 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related