◉ HEADLINES

Operasi Aerotrain KLIA pada tahap 99.19% sejak dilancar semula 1 Julai lepas

Setakat 8 Oktober lepas, perkhidmatan Aerotrain telah membawa 5.33 juta penumpang dan merekodkan jarak perjalanan sejauh 39,942 km

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tahap ketersediaan operasi perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara keseluruhannya berada pada tahap 99.19 peratus sejak dilancarkan semula pada 1 Julai lepas.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, sebanyak 19 kes gangguan operasi direkodkan antara 2 Julai hingga 30 September lepas namun perkhidmatan itu ketika ini sudah beroperasi pada tahap 100 peratus.

“Selain masalah teknikal, gangguan operasi itu turut berpunca daripada faktor manusia, termasuk tindakan penumpang yang cuba membuka pintu Aerotrain secara paksa.

“Penambaikan sentiasa dibuat dan ada pegawai teknikal ditempatkan dalam tren untuk memastikan jika apa-apa berlaku, ia dapat diperbaiki terus,” katanya.,’’ katanya ketika menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) pada sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau memberitahu, pada masa ini, katanya, projek ini berada dalam tempoh liabiliti kecacatan bagi tempoh dua tahun.

“Buat masa ini, sistem mekanikal dan semboyan (signaling) bagi Aerotrain sedang melalui fasa penyesuaian awal ke arah mencapai kestabilan penuh dalam operasi.

“Sehingga 8 Oktober lepas, perkhidmatan Aerotrain itu telah membawa seramai 5.33 juta penumpang dan merekodkan jarak perjalanan sejauh 39,942 kilometer,’’ katanya.

Menjawab soalan tambahan Khairil Nizam mengenai pampasan berikutan gangguan yang berlaku pada perkhidmatan berkenaan, Hasbi memberitahu, pengeluar atau penyedia perkhidmatan boleh dikenakan penalti sehingga maksimum RM190,000 sebulan sekiranya gagal menyedikan fasiliti pada tahap operasi terbaik.

“Pihak pengeluar perlu memastikan ketersediaan tren pada tahap 100 peratus untuk satu tren beroperasi dan 99.6 peratus untuk dua tren beroperasi, jadi toleransinya sangat ketat.

“Pada masa sama, prestasi operasi tren sudah pada tahap 100 peratus dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan terus bekerjasama untuk memastikan operasi berada pada tahap maksimum,” katanya.

Hasbi juga memberitahu, MAHB sentiasa komited untuk melakukan penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan itu berjalan lancar dan menjalankan pemantauan bagi memastikan ia berada pada tahap yang optimum. – 13 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

The M-League is dying, but who dares to save it? — Sandru Narayanan

Financial instability, dwindling fan support, and poor governance have pushed Malaysian football to the brink — but without decisive reform, the M-League’s future looks grim

Malaysia’s Asian Cup hopes in danger as FIFA appeal loss pushes case to CAS

Malaysia’s participation in the next two editions of the AFC Asian Cup is hanging by a thread after FIFA’s Appeal Committee upheld sanctions against seven naturalised national players, leaving the Football Association of Malaysia (FAM) with only one last avenue of appeal — the Court of Arbitration for Sport (CAS)

◉ Related