HEADLINES

Kes tikam pelajar tiada unsur perkauman: MB Selangor

Amirudin berkata beberapa langkah termasuk usaha keselamatan dan sokongan kesihatan mental pelajar akan diputuskan segera

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian pelajar perempuan Tingkatan 4 yang ditikam sehingga maut di sebuah sekolah di Petaling Jaya, pagi ini, tidak melibatkan unsur perkauman, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata, beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dan dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.

“Pagi tadi, seluruh negeri dikejutkan dengan insiden seorang pelajar perempuan ditikam maut oleh seorang pelajar lelaki di SMK Bandar Utama Damansara (4), Petaling Jaya.

“Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor yang mengesahkan pihak polis sedang menyiasat kes jenayah ini, dan dimaklumkan bahawa kes ini tidak melibatkan unsur perkauman,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, selepas pelajar berkenaan dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai sebilah pisau ke sekolah.

Mengulas lanjut, Amirudin memberitahu, kejadian itu akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan beberapa langkah termasuk usaha keselamatan dan sokongan kesihatan mental pelajar akan diputuskan segera bagi menjamin keselamatan semua pelajar-pelajar di sekolah.

Tambahnya, sebagai seorang bapa yang mempunyai anak perempuan, beliau tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui ibu bapa kepada mangsa.

Sambil mengucapkan takziah, beliau berharap keluarga mangsa diberikan kekuatan dan perlindungan dalam menghadapi tragedi itu.

“Sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita, dan Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan dan komuniti setempat supaya tahap keselamatan di semua sekolah di seluruh negeri dipertingkatkan dengan segera,’’ katanya. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related