HEADLINES

‘Hati saya hancur, saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan keluarga mangsa,’ kata bapa suspek kes tikam pelajar

'Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka. Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka,' kata bapa suspek

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bapa kepada suspek dalam kes tikam seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama semalam, berkata hatinya hancur berikutan kejadian berkenaan.

“Saya amat sedih anak saya lakukan ini.

“Saya tahu apa sahaja yang saya katakan sekarang tidak memberi sebarang makna.

“Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka. Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka,” katanya, menurut laporan China Press.

Lelaki berkenaan yang berusia 40 tahun dan enggan mendedahkan nama berkata, dia terkejut serta tidak menyangka, anaknya yang merupakan seorang yang pendiam sanggup bertindak sedemikian rupa.

Menurut lelaki berkenaan, pada hari kejadian, dia menghantar anaknya ke sekolah pada waktu pagi seperti biasa dan tidak melihat sebarang kelakuan luar biasa pada anaknya.

Dia juga tidak menyangka perkara seperti itu akan berlaku.

Pelajar berusia 14 tahun itu didakwa telah menikam mangsa berusia 16 tahun sekitar jam 9.30 pagi, ketika waktu persekolahan.

Dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut telah dirampas oleh polis, dan suspek kini telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302, kanun keseksaan. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related