◉ HEADLINES

MCMC jumpa platform media sosial minggu depan, bincang eKYC: Fahmi

2:57 PM MYT

 

SIPITANG – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat platform media sosial, minggu depan berhubung pelaksanaan proses pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC).

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pertemuan itu merupakan langkah penting bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun.

Ia susulan langkah Malaysia yang bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses eKYC bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun.

“Sewaktu saya bertemu dengan wakil platform media sosial bulan lalu, saya telah memberikan mesej kepada mereka bahawa di Malaysia, kita akan mewajibkan platform-platform media sosial melakukan pengesahan identiti terutama untuk memastikan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun.

“Cuma exact timeline saya akan lapor kepada Jemaah Menteri dulu, baru saya akan umumkan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan NADI on Wheels atau NOW di Dewan Undangan Negeri Sindumin di Sipitang, hari ini.

Jelas Fahmi, selain isu kanak-kanak, proses eKYC juga penting bagi membanteras kegiatan penipuan dalam talian dan penyebaran kandungan berbahaya seperti judi serta iklan palsu.

“Banyak platform disalahgunakan oleh penjenayah untuk tujuan scam.

“Semalam, dalam Parlimen saya ada menjawab soalan… ada angka yang menggerunkan… 78 peratus daripada semua kandungan scam yang telah diturunkan itu adalah daripada Facebook,” katanya. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related