◉ HEADLINES

Tak tolak, terbuka pilihan sertai PAS: Wan Fayhsal

Ahli MPT Bersatu yang digantung satu penggal itu terbuka dengan cadangan menyertai PAS jika kemelut kepimpinan parti tidak berkesudahan

8:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak menolak dan terbuka dengan cadangan menyertai PAS demi memperkukuh gabungan pembangkang di peringkat akar umbi.

“Boleh (sertai PAS). ‘Unequivocal’ dengan cadangan tersebut, maksudnya ia sebagai ‘option’,” katanya dalam episod The Zaid Ibrahim Podcast baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bersediakah dia bersama kumpulan penyokong Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin menyertai PAS sebagai alternatif jika kemelut kepimpinan dalam parti berlarutan.

Memetik laporan FMT, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang digantung keahlian parti selama satu penggal itu berpandangan bahawa ahli Bersatu perlu melakukan pembetulan semula secara kolektif bagi memulihkan kepercayaan rakyat, sekali gus mengembalikan perpaduan dalam Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Wan Fayhsal turut mendakwa penggantungannya berpunca daripada masalah politik dalaman yang sudah lama berlaku, termasuk tindakannya mengkritik secara terbuka proses pemilihan parti yang menurutnya ‘terlalu kotor’ serta banyak berlaku ‘silap mata’.

Beliau sebelum ini di media sosial turut menegur tindakan beberapa pemimpin yang menjalankan program jelajah dengan membelakangi timbalan presiden.

“Saya digantung sebab saya bantah perjalanan pemilihan. Saya menegur secara beradab beberapa perkara di media (sosial) dengan mengajukan soalan, apabila dibuat satu (program) jelajah Bersatu, tak jemput Timbalan Presiden … yang pergi Setiausaha Agung dan naib-naib presiden.

“Tidak ada pemakluman dalam mesyuarat MPT tentang program parti yang bersifat nasional,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal turut mendedahkan, usul menamakan Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11 juga tidak dipersetujui oleh majoriti ketua bahagian Bersatu.

Tegas beliau, tindakan sedemikian dilihat mendahului PAS, tidak menjaga sensitiviti rakan kongsi dalam PN.

“Dalam keadaan Bersatu paling lemah … Bersatu amat bergantung ihsan PAS di kawasan masing-masing. Jadi kita perlu menghormati dan memahami sensitiviti PAS,” katanya yang mahu parti fokus untuk menang bukan siapa ‘poster boy’. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related