HEADLINES

‘Melampau’ Syahredzan bidas pemimpin PAS kaitkan keadaan di Palestin dengan Malaysia

Syahredzan Johan berkata pemimpin PAS seperti Ahmad Marzuk sanggup memberi gambaran rakyat Malaysia yang bukan Melayu dan Islam sebagai musuh dalam selimut yang mempunyai agenda jahat terhadap orang Melayu dan Muslim

1:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary yang  mengaitkan rakyat Malaysia bukan Islam dan bukan Melayu dengan apa yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin adalah melampau dan tidak boleh diterima.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, apa yang disampaikan oleh pemimpin PAS itu adalah jelas iaitu orang Melayu dan Islam di tanah air sendiri akan mendapat nasib yang sama seperti rakyat Palestin dan bezanya, di Malaysia, pelakunya adalah golongan bukan Melayu dan bukan Islam.

Tegasnya, orang bukan Melayu dan bukan Islam telah bersama-sama dengan orang Melayu dan Muslim untuk membina negara yang tercinta justeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) seperti Ahmad Marzuk tidak wajar dan tidak berhak mempersoalkan keikhlasan mereka demi politik sempit.

“Kita semua bersatu menentang kezaliman Israel dan tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan dan melanggar batas manusiawi dan tiada pertikaian mengenai perkara ini. 

“Tetapi, tindakan Ahli Parlimen PAS ini yang mengaitkan rakyat Malaysia bukan Islam dan bukan Melayu dengan apa yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin adalah melampau dan tidak boleh diterima,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary. – Gambar Facebook, 21 Oktober, 2025

Syahredzan merujuk kepada hantaran Facebook Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu bertajuk  “Belajar daripada sejarah Palestin: Jangan kita ulangi kesilapan yang sama’’.

Dalam status tersebut, Ahmad Marzuk menyeru supaya umat Islam belajar daripada sejarah yang berlaku kepada warga Palestin, yang menerima pendatang Yahudi atas dasar kemanusian, tetapi akhirnya rakyat Palestin sendiri menjadi mangsa kezaliman dan diusir keluar daripada tanah mereka sendiri.

Ahmad Marzuk mendakwa tanda-tanda perkara yang sama dengan apa terjadi di Palestin, kini dapat dilihat di negara ini dimana bidang ekonomi kini semakin dikuasai oleh bukan Islam dan bukan bumiputera.

Gedung-gedung besar, syarikat utama, dan tanah-tanah strategik, katanya sudah lama keluar dari genggaman umat Islam.

Menurut Syahredzan, rakyat Malaysia baharu sahaja menyambut perayaan Deepavali dalam semangat kebersamaan dan muhibbah malah ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk menghargai dan mempertahankan kepelbagaian dalam Malaysia.

“Malangnya, pemimpin PAS seperti Datuk Marzuk sanggup memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia yang bukan Melayu dan Islam sebagai musuh dalam selimut yang mempunyai agenda jahat terhadap orang Melayu dan Muslim. 

“PAS masih membawa perkauman sempit dan memecahbelahkan masyarakat dan rakyat Malaysia yang mencintai negara kita yang berbilang bangsa diseru untuk menolak politik lapuk seperti ini.

“Pada masa yang sama, rakan-rakan politik PAS dalam Perikatan Nasional, serta sekutu politik mereka yang lain dalam gagasan longgar ‘Ikatan Prihatin Rakyat’, dicabar untuk menyatakan pendirian mereka mengenai apa yang disuarakan oleh pemimpin PAS,’’ katanya. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related