◉ HEADLINES

Kos, kepentingan negara antara yang diteliti untuk bawa F1 kembali ke Malaysia: PM

Perdana Menteri berkata ruang perbincangan mengenai penganjuran sukan permotoran berprestij itu telah pun dibuka dan perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali

9:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar berkata sebarang keputusan membawa semula perlumbaan Formula Satu (F1) ke Malaysia memerlukan penilaian teliti termasuk kepentingan penganjuran sukan berkenaan kepada Malaysia dan implikasi kos yang akan terlibat.

Menurut Perdana Menteri bagaimanapun berkata ruang perbincangan mengenai penganjuran sukan permotoran berprestij itu telah pun dibuka.

Perbincangan lanjut, katanya akan diadakan bersama dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali namun perkara itu masih di peringkat awal, lapor Bernama.

“Itu kita bincang dengan Presiden F1, Stefano… tapi (masih) terlalu awal… Dia telah buka untuk berbincang dan kita kena bincang,” katanya selepas perlumbaan Grand Prix Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia akan kembali menjadi penganjur F1.

Terdahulu, Anwar dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia di SIC dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1 atas faktor kos penganjuran.

Pada Julai lepas, F1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Okt, susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa serta Kerajaan Malaysia dan Bahrain, menyaksikan acara berprestij itu kembali ke SIC selepas sembilan tahun.

Kepulangan F1 ke Malaysia adalah susulan perbincangan dan kerjasama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dari Bahrain selain kedua-dua kerajaan bagi mengekalkan GP Bahrain dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan pada awal musim ini susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Perlumbaan hari ini, yang ditunda sementara akibat hujan lebat, menyaksikan juara dunia empat kali Max Verstappen dari Red Bull Racing meraih kemenangan sulung musim ini.

Beliau turut memenangi perlumbaan pada kali terakhir F1 diadakan di SIC.

Pendahulu kejuaraan Kimi Antonelli dari Mercedes-AMG Petronas menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton mewakili Ferrari melengkapkan podium ketiga. – 4 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related