◉ HEADLINES

Wahab dijangka buat laporan polis terhadap ‘Mr H’ dalam tempoh terdekat

Faizal Rahman berkata, selain memberi keterangan, Wahab turut mengesahkan identiti Mr H bagi menyokong keterangan diberikan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Mohammad Agus Yusoff mengenai individu terbabit

5:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dijangka membuat laporan polis terhadap ‘Mr H’ tidak lama lagi, selepas memberi keterangannya kepada polis di Bukit Aman, pagi ini.

Peguam Wahab, Faizal Rahman berkata, selain memberi keterangan, Wahab turut mengesahkan identiti Mr H bagi menyokong keterangan diberikan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Mohammad Agus Yusoff mengenai individu terbabit.

“Wahab masih mengalami kemurungan dan kini sedang mengambil ubat. Dia sepatutnya membuat laporan polis hari ini.

“Disebabkan dia tidak begitu ‘stabil’, dia mungkin membuat laporan sama ada esok atau hari selepasnya,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan polis hari ini.

Faizal berkata, pihak polis sudah merakam percakapan Wahab antara jam 11 pagi hingga 2.30 petang tadi.

“Kami sudah menyelesaikan bahagian kami, jadi sekarang kami serahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan mereka,” katanya.

Dia turut menyifatkan Wahab sebagai ‘bimbang dan cemas’ tetapi tenang semasa memberi keterangan kepada polis.

Isnin lalu, Wahab dilaporkan mengalami kemurungan teruk sehingga memaksanya menjadualkan semula pertemuan bersama polis untuk memberi keterangan.

Beliau sepatutnya memberikan kenyataan kepada polis pada Sabtu lalu, berhubung video lucah yang didakwa memaparkan beliau dan Agus.

Agus dan Wahab dalam satu sidang media pada 17 November lalu, mengaku membuat panggilan video, namun mendakwa audio dalam klip itu berbunyi seperti perbualan lucah.

Mereka berdua berkata, Mr H yang bekerja di J-Kom adalah individu bertanggungjawab di sebalik kewujudan video itu, dengan tujuan mencemarkan reputasi Agus, selain dikatakan mengarahkan Wahab untuk merakam panggilan berkenaan sebagai perangkap.

Agus sudah membuat laporan polis terhadap Mr H, sebelum pihak berkuasa meminta Wahab tampil membantu siasatan. – 29 November 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related