HEADLINES

Hadi beri bayangan lepaskan jawatan presiden PAS atas faktor kesihatan?

Timbul persoalan adakah timbalan presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersedia untuk menggalas jawatan tersebut

12:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Hadi Awang dikatakan memberi bayangan mungkin melepaskan jawatan presiden PAS atas faktor kesihatan.

Difahamkan Hadi, 78, yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan hasrat tersebut semasa pertemuan dengan barisan kepimpinan tertinggi PAS dalam satu retreat yang diadakan di Terengganu pada minggu lalu, lapor Sinar Harian.

Hadi, menduduki kerusi presiden PAS sejak dipilih memangku jawatan itu pada 2003 sebelum disahkan ke jawatan berkenaan dalam muktamar pada 2005. Pemilihan PAS dijangka berlangsung pada September ini.

Beliau melepasi beberapa pemilihan parti serta lima pilihan raya umum, sebagai presiden PAS.

Sumber memberitahu, keadaan itu membuka ruang kepada perbincangan dalam kalangan Dewan Ulama yang kini dikatakan sedang memujuk timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengambil alih jawatan tersebut.

“Perkara ini dibangkitkan sendiri oleh Hadi semasa retreat hujung minggu lalu, di mana beliau memberi bayangan bahawa dirinya tidak sihat,” lapor portal berkenaan.

“Jadi, beliau menyatakan kemungkinan untuk berundur. Itu yang mencetuskan perbincangan sekarang,” kata sumber itu.

Baru-baru ini, Ahli Jawatankuasa anggota Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik mencadangkan supaya PAS mewujudkan suatu mekanisme bagi mengawal kualiti kelayakan bagi dua jawatan tertinggi iaitu presiden dan timbalan presiden.

Menurut Mokhtar, mereka yang ingin bertanding bagi salah satu jawatan tersebut perlu melepasi tapisan majlis syura parti berkenaan.

“Ini bertujuan mengawal kualiti kelayakan penjawat kedua-dua jawatan itu. Sebab saya bimbang semua orang merasakan dia layak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Naib Presiden, Datuk Mohd Ahmad Nik Abdullah, pula berkata jika presiden memutuskan untuk berundur, jawatan itu perlu diisi oleh timbalannya.

Bagaimanapun timbul persoalan sama ada Tuan Ibrahim bersedia untuk mengambil alih jawatan tertinggi parti itu.

“Hadi telah menetapkan penanda aras yang tinggi. Mungkin itu sebabnya (Tuan Ibrahim agak keberatan),” tambah sumber itu.

Difahamkan Hadi mengalami komplikasi kesihatan pada Jun 2023 dan telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami sesak nafas, sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut. – 6 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related