HEADLINES

Wartawan berhak tanya soalan, menteri perlu respon dengan berhemah: Fahmi

Wartawan berhak tanya soalan selaras prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dengan kerajaan

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Wartawan berhak bertanyakan apa jua soalan dan setiap jawapan yang diberikan oleh Menteri perlu disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, ia selaras dengan prinsip saling menghormati antara media dengan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika mengulas mengenai kontroversi antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang didakwa mengugut dan mempersoalkan soalan seorang wartawan dalam satu majlis baru-baru ini.

Menurut Fahmi, perkara berkenaan telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Apa jua soalan, mereka menjalankan tugas sebagai wartawan.

“Setiap jawapan ataupun respon yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan di samping saling menghormati antara media dan juga pihak kerajaan.

“Perdana Menteri sendiri terbuka untuk menerima sebarang soalan dan pendirian kerajaan adalah wartawan berhak untuk bertanya dua-dua soalan. Itu adalah pendirian kerajaan,’’ katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Fahmi mengulas insiden di mana Nga Kor Ming didakwa mengugut seorang wartawan selepas bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, ditanya adakah terdapat arahan kepada menteri bahawa mereka boleh menghubungi organisasi media jika tidak berpuas hati dengan soalan wartawan, Fahmi berkata kerajaan tidak mengeluarkan arahan yang khusus mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan, Kor Ming bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan organisasi media tersebut dan perkara itu dimaklumkan kepada beliau sebelum mesyuarat Kabinet hari ini.

“Beliau memaklumkan kepada saya beliau bersedia untuk bertemu pihak pengurusan organisasi media berkenaan bagi menjernihkan keadaan. Komitmen itu telah diberikan oleh menteri berkenaan,” katanya.

Fahmi turut mengingatkan semua pihak supaya menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran untuk memperkukuhkan hubungan professional antara kerajaan dan media. – 31 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related