◉ HEADLINES

Prosiding pendakwaan warga Nepal suspek kes bunuh 2 beranak ditangguh, perlu jurubahasa

Tertuduh, Dinesh Kumar Mandal, tidak memahami bahasa Melayu dan memerlukan jurubahasa bagi membolehkan pertuduhan dibacakan terhadapnya

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini menangguhkan prosiding pertuduhan terhadap lelaki warga Nepal yang membabitkan kes bunuh dua beranak di Juru, pada 18 Oktober lalu.

Proding terpaksa ditangguh berikutan tertuduh, Dinesh Kumar Mandal, 35, dikatakan tidak memahami bahasa Melayu dan memerlukan jurubahasa bagi membolehkan pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya, lapor BH.

Majistret Nurul Rasyidah Akit menetapkan 26 November depan untuk lantikan jurubahasa Nepal dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mengikut jadual, prosiding hari ini sepatutnya menyaksikan tertuduh didakwa dua pertuduhan membunuh Sariya Che Hin, 51, dan Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, antara jam 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika tidak dikenakan hukuman gantung.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Zulfadli Hassan dan Anis Suhada Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media pada 18 Oktober lalu melaporkan, ibu bersama anak angkatnya itu ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka, sekitar jam 7.30 malam.

Kedua-dua mereka ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk kepala yang hampir putus dan tangan yang terputus. – 4 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related