HEADLINES

PM bakal rombak Kabinet Disember ini? Nama KJ dikaitkan bakal isi jawatan menteri

Khairy Jamaluddin, Johari Abdul Ghani, Ramanan antara yang dikaitkan akan terlibat dalam rombakan Kabinet

5:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan rombakan Kabinet awal Disember ini, dengan Khairy Jamaluddin mencuri tumpuan apabila beliau dikaitkan bakal mengisi jawatan menteri yang kosong.

Laporan Malaysia Gazette yang memetik sumber tertinggi sebuah parti melaporkan, Khairy, yang dipecat dari Umno pada Januari 2023, bakal kembali kepada parti itu dan akan dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

Namanya hangat diperkatakan ketika ini berikutan spekulasi tersebut, namun Khairy ketika ditanya wartawan baru-baru ini enggan mengulas mengenainya.

Sementara Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan sumber itu turut memberitahu, Datuk Seri R. Ramanan yang kini Timbalan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan naik pangkat ke menteri penuh.

Beliau disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Ewon Benedick yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

“Rombakan kali ini bukan kosmetik. Ia langkah penstrukturan semula yang dirancang teliti bagi memastikan pasukan pentadbiran lebih kecil, cekap dan fokus terhadap pelaksanaan dasar,’’ kata laporan itu.

Ia turut melaporkan Kementerian Ekonomi akan digabungkan di bawah Kementerian Kewangan menjadikannya berfungsi semula seperti Unit Perancang Ekonomi di bawah struktur terdahulu.

Nama Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz disebut-sebut akan menerajui jabatan baharu itu dan berperanan sebagai Penasihat Ekonomi Kanan Kerajaan.

Zafrul bakal menamatkan penggal kedua sebagai Senator, Disember ini.

Manakala tiga lagi senator iaitu Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dijangka menyambung tugas.

Sementara Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Sungai petani, Taufiq Johari juga disebut-sebut dalam senarai nama yang sedang diperhalusi. – 11 November, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related