◉ HEADLINES

Pasangan kekasih ditahan, cuba langgar polis

Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar yang dinaiki pasangan berusia 23 tahun itu ketika mereka cuba merempuh anggota polis. Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis terpaksa melepas satu das tembakan ke arah tayar kereta yang dinaiki oleh sepasang kekasih selepas kenderaan Perodua Myvi yang mereka naiki merempuh anggota polis di Jalan Kenari, Bandar Putra, Kulai, Johor, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tan Seng Lee, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.20 pagi ketika anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Tan memberitahu, ketika rondaan itu, anggota URB menahan sebuah kenderaan berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki serta wanita warga tempatan di dalam kenderaan itu.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, kedua-dua suspek berusia 23 tahun itu, bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan melanggar motosikal URB serta sebuah kenderaan awam jenis Mazda CX-5, selain cuba melanggar anggota polis.

“Susulan itu, anggota URB melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek bagi mempertahankan diri dan memberhentikan kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan kejadian itu, seorang anggota URB cedera ringan pada bahagian kaki selepas tersepit akibat motosikal dilanggar suspek.

Tambahnya, pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian turut menemukan serpihan anak peluru dan serpihan kelongsong peluru.

Bagaimanapun, dalam tempoh kurang 24 jam, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai berjaya menahan pasangan lelaki dan wanita berkenaan di lokasi berasingan sekitar Bandar Putra, Kulai dan Kluang, antara 11.30 pagi hingga 8.30 malam tadi.

Beliau berkata turut dirampas satu alat kawalan jauh dan sebuah Perodua Myvi berwarna hitam yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Tan berkata ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif, manakala semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 332 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi permohonan reman. – 13 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related