HEADLINES

Umno pecat Isham kerana sudah ‘cross the line’: Khaled Nordin

"Kita perlu pastikan tidak berlakunya tindak-tanduk seseorang ahli yang menggugat parti ataupun yang bercakap sesuka hati."

3:47 PM MYT

 

KOTA TINGGI – Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat Isham Jalil daripada parti itu kerana tindakannya yang disifatkan mengganggu-gugat parti.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, anggota parti sepatutnya menggunakan saluran yang sesuai dan betul jika mempunyai pandangan dan ketidakpuasan hati atas sesuatu perkara dalam parti.

“Saya ingat itu soal disiplin…mana-mana ahli parti ataupun mana-mana parti terutamanya UMNO sekalipun sebagai sebuah parti yang besar, kita perlu pastikan tidak berlakunya tindak-tanduk seseorang ahli yang menggugat parti ataupun yang bercakap sesuka hati.

“Bila dia cross the line (melampaui batas) majlis tertinggi berpendapat ada banyak cara pendekatan lebih-lebih lagi dia adalah MKT,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat MT Umno pada 6 Disember lalu bersetuju memecat Isham daripada parti dipercayai susulan kritikannya terhadap Umno yang dilihat bertentangan dengan pendirian parti sebelum ini dalam usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Isham akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat.

Sementara itu, mengulas pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baharu, Khamis lalu bagi menggantikan Isham, Mohamed Khaled berharap Menteri Besar Johor itu dapat mengimbangi tugas dan tanggungjawab, selain terus menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti.

“Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz. Memang wajarlah kerana selama di Johor, siapa yang menjadi Menteri Besar, dia sepatutnya juga ambil tanggungjawab untuk menjadi pengerusi badan perhubungan,” kata Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MACC probes claims of Singapore tycoon’s alleged role in Sabah mining scandal

This comes after whistleblower businessman Datuk Albert Tei alleges political persecution amid graft charges over RM350,000 in bribes

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Related