◉ HEADLINES

Kenaikan harga dirasai, bazar Ramadan tetap jadi pilihan orang bujang

Antara gerai yang paling mendapat sambutan di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang ialah martabak, roti john dan gerai air balang

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun berlaku kenaikan harga makanan dan minuman di bazar Ramadan, namun ia tetap menjadi pilihan ramai untuk membeli juadah berbuka puasa terutama buat golongan bujang.

Menerusi tinjauan Scoop di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru hari ini, pengunjung mula sesak dari jam 4 petang.

Salah seorang pengunjung, Mohd Aiman Masri, 26, berkata, pelbagai juadah dijual menyebabkannya sentiasa ‘mencuri masa’ bagi membeli juadah berbuka yang dijual di situ.

Bagi golongan bujang seperti Mohd Aiman Masri yang tidak sempat memasak, akan sentiasa ‘mencuri masa’ bagi membeli juadah berbuka di situ. – Gambar Alif Omar/Scoop, 14 Mac, 2024

Menurutnya, bazar di ibu kota memberikan pilihan kepada orang ramai terutama golongan bujang seperti dirinya yang tidak sempat memasak selepas seharian bekerja.

“Memang terasa dengan kenaikan harga. Hari ini saya beli air katira dan nasi beriani kambing, semuanya berharga RM26.

“Tapi sebab nak cuba rasa, saya beli sahaja. Kalau ada masa, baru saya akan memasak di rumah bagi berjimat cermat,” katanya.

Nurin Natasha Aqilah Ahmad Daniar, 21, pula berkata, tumpuannya ke bazar adalah untuk membeli juadah sampingan seperti kuih-muih selain ingin merasa kemeriahan di bazar.

Menurutnya, harga yang ditawar peniaga adalah berpatutan, selari dengan keadaan ekonomi semasa.

Nurin Natasha Aqilah Ahmad Daniar berkata, tumpuannya ke bazar adalah untuk membeli juadah sampingan seperti kuih-muih selain ingin merasa kemeriahan di bazar. – Gambar Alif Omar/Scoop, 14 Mac, 2024

“Semua terasa dengan harga semasa ekoran keadaan ekonomi negara ketika ini. Kita perlu hadapi dengan cara kita sendiri, tak perlu terikut-ikut dengan cara orang lain.

“Antara juadah yang saya cari ialah martabak dan roti john. Kalau hari-hari biasa, tak cari pun tapi bila Ramadan memang cari juadah ini,” katanya.

Sementara itu, bagi Megat Akmal Hakim Abdul Hamid, 23, gerai air minuman menjadi destinasi pertama yang dituju setiap kali ke bazar.

“Saya akan beli air dulu, tak kisah jenis refreshing atau yang bersusu.

“Kalau tidak ke bazar, saya akan beli juadah di kedai makan berdekatan sini sebab memang duduk di kawasan sini. Ia mudah dan menjimatkan masa,” katanya.

Megat Akmal, seorang pengunjung setia bazar ramadan mengakui akan terus menuju ke gerai menjual minuman untuk membeli air kegemarannya. – Gambar Alif Omar/Scoop, 14 Mac, 2024

Menerusi tinjauan Scoop, antara gerai yang paling mendapat sambutan di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang ialah martabak, roti john dan gerai air balang terutama yang menjual air katira.

Bazar Ramadan Jalan Alang merupakan bazar ramadan pertama dan tertua di ibu kota.

Tahun ini sebanyak 192 gerai berjualan di lokasi berkenaan. – 14 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related