HEADLINES

Namewee akan dibebaskan esok, tiada bukti pembabitan kematian pempengaruh dari Taiwan

Bagaimanapun, sekiranya terdapat penemuan baharu hasil siasatan lanjut itu, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan sewajarnya

9:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penyanyi rap, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, akan dilepaskan dengan jaminan polis esok selepas tiada bukti setakat ini yang menunjukkan suspek terbabit dalam kes kematian pempengaruh wanita dari Taiwan.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, arahan telah diberikan supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung kes berkenaan, lapor Buletin TV3.

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat penemuan baharu hasil siasatan lanjut itu, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, sebelum ini memberitahu polis telah melengkapkan siasatan terhadap Namewee berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita itu.

Menurutnya, kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini, dan masih menunggu arahan lanjut.

Namewee disambung reman tiga hari hingga esok selepas reman pada 5 November lepas berakhir pada Isnin.

Mangsa Hsieh Yun Hsin, 33, ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini pada 22 Oktober lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Namewee dipercayai individu terakhir yang dilihat bersama mangsa. – 12 November, 2025

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

‘Even if I’m arrested or killed… the rally is still on’: Zamri Vinoth

Controversial preacher vows to press ahead with 'illegal houses of worship' rally despite threats of arrest

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Related