◉ HEADLINES

Amirudin diminta perjelas ‘kekayaan’ dimiliki pegawai

Pegawai terbabit dikatakan memiliki sebuah rumah banglo bernilai mencecah RM3 juta dan mampu membawa keluarga bercuti ke luar negara

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah diminta menjawab persoalan mengenai kekayaan didakwa membabitkan seorang pegawainya, yang dipercayai turut memegang terlalu terlalu banyak jawatan di bawah kerajaan negeri.

Persoalan itu dibangkitkan dalam satu kumpulan WhatsApp ‘MB Selangor’ yang diwujudkan khas untuk tujuan tersebut dan dikendalikan oleh seorang pentadbir yang hanya dikenali sebagai ‘Madani’.

Selain Amirudin, kumpulan sembang itu turut disertai beberapa Adun Selangor daripada kerajaan dan pembangkang, beberapa pemimpin parti politik, serta sekurang-kurangnya dua wartawan, termasuk seorang daripada portal FMT. Nombor telefon milik Amirudin dalam kumpulan sembang itu juga telah disahkan.

Dalam kumpulan itu, ‘Madani’ menyampaikan mesejnya secara langsung kepada Amirudin, menggesa menteri besar supaya ‘menjawab dengan jujur dan adil’.

Memetik laporan FMT, ‘Madani’ turut mendakwa pegawai tersebut kini ‘menjadi jutawan’ sejak Amirudin memegang jawatan, memiliki sebuah rumah banglo bernilai mencecah RM3 juta dan mampu membawa keluarganya bercuti ke luar negara.

Selain memegang jawatan kanan dalam pentadbiran negeri, ‘Madani’ mendakwa pegawai itu juga berkhidmat sebagai penyelaras kawasan dan menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat milik kerajaan negeri serta sebuah kelab golf ternama. Pegawai itu juga dikatakan hampir dilantik ke lembaga pengarah sebuah lagi agensi negeri Selangor.

‘Madani’ meminta Amirudin menjelaskan mengapa ‘seorang individu dilantik ke begitu banyak jawatan’, kerana ia menimbulkan persepsi seolah ‘tiada orang lain di Selangor yang layak’.

Menteri besar itu turut diminta mendedahkan jumlah pendapatan bulanan pegawai berkenaan.

Perbualan dalam kumpulan tersebut juga mengandungi beberapa dakwaan lain, termasuk pegawai itu telah meminta ‘dana pembangunan’ daripada pelbagai kontrak dan mendapatkan manfaat daripada beberapa projek daerah.

Bagaimanapun, ketika portal berkenaan cuba menghubungi pegawai terbabit, yang identitinya dirahsiakan berkata, perkara itu tidak sesuai untuk diulas.

Difahamkan Menteri Besar turut cuba dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. – 15 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related