HEADLINES

NG999: Sistem kecemasan baharu negara mula beroperasi hari ini

Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 melalui AppStore atau Google Play bagi membolehkan maklumat kecemasan dihantar dengan lebih tepat, pantas dan berkesan

11:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999), mula beroperasi hari ini menggantikan sistem lama Malaysian Emergency Responses 999 (MERS999).

Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 melalui AppStore atau Google Play bagi membolehkan maklumat kecemasan dihantar dengan lebih tepat, pantas dan berkesan, sekali gus mempercepatkan tindakan balas pihak berkuasa.

Sejak semalam, mesej ringkas (SMS) telah dihantar kepada pengguna bagi mengingatkan orang ramai supaya menggunakan talian kecemasan dengan penuh tanggungjawab.

“Sila elakkan penyalahgunaan talian kecemasan,” tegas mesej berkenaan.

NG999 dibangunkan sebagai sistem digital strategik bersepadu yang menghubungkan pusat panggilan kecemasan dengan pelbagai agensi berkaitan. Melalui perkongsian data dan sumber secara langsung, sistem ini diyakini mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta mengurangkan masa respons.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching pada Julai lalu, sistem baharu ini menyepadukan teknologi terkini termasuk peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, kecerdasan buatan (AI) serta aplikasi pintar mudah alih. Gabungan teknologi ini membolehkan pengendalian insiden kecemasan dilakukan dengan lebih sistematik dan menyeluruh.

Beliau menegaskan, NG999 bukan sekadar naik taraf teknikal, tetapi satu transformasi menyeluruh dalam cara negara menguruskan panggilan kecemasan. Dengan integrasi AI dan geolokasi, pihak berkuasa dapat mengenal pasti lokasi insiden dengan lebih tepat, sekali gus mempercepatkan penghantaran bantuan.

Sistem ini turut diperluaskan kepada lebih 800 lokasi di seluruh negara, iaitu dua kali ganda berbanding liputan MERS999 sebelum ini. Langkah ini memastikan akses kepada perkhidmatan kecemasan lebih menyeluruh, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pelaksanaan NG999 menandakan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan rakyat melalui teknologi moden. Dengan sistem baharu ini, Malaysia melangkah setapak ke hadapan dalam memastikan setiap panggilan kecemasan diberi perhatian segera, demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. – 16 November, 2025

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related