HEADLINES

‘Hilang kelebihan pilih calon parti nasional’ kenyataan tidak bertanggungjawab Ewon, kata Loke

Setiausaha Agung DAP berkata, tindakan itu mampu memecah-belahkan hubungan antara parti tempatan dan parti nasional

8:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anthony Loke menyelar kenyataan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick bahawa pengundi Sabah akan hilang kelebihan jika memilih calon parti nasional sebagai tidak bertanggungjawab.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, tindakan itu mampu memecah-belahkan hubungan antara parti tempatan dan parti nasional.

Menteri Pengangkutan itu turut menegaskan, kenyataan sedemikian tidak wajar kerana semua calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah anak tempatan tanpa mengira parti.

“Saya rasa itu satu kenyataan kurang bertanggungjawab dan cuba nak memecah-belahkan pemimpin parti tempatan dengan parti kebangsaan. 

“Semua pemimpin dan calon yang bertanding di Sabah ini adalah pemimpin tempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Komuniti di sini malam tadi.

Hadir sama calon DAP yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) Datuk Phoong Jin Zhe bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Chan Loong Wei (Luyang), Datuk Chan Foong Hin (Tanjung Aru) dan Datuk Jannie Lasimbang (Kapayan).

Jelas Loke kenyataan Ewon juga bercanggah dengan kedudukannya yang masih menerima gaji sebagai Menteri Persekutuan walaupun telah mengumumkan perletakan jawatan, sambil mengingatkan bahawa PH tetap memberi ruang kepadanya selaku presiden parti meskipun hanya memiliki dua kerusi Parlimen.

“Jadi sebagai Menteri Persekutuan perlulah ada satu sifat menyatupadukan rakyat, bukannya memecah-belahkan rakyat,” katanya.

Berikutan itu, beliau berharap rakyat Sabah menolak naratif permusuhan antara Sabah dan Semenanjung serta menumpukan kepada pembentukan kerajaan negeri yang stabil dan berupaya menjalin hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 dan tarikh pengundian awal 25 November. – 17 November, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related