HEADLINES

Operasi kartel dibuat belakang tabir, elak jejas integriti siasatan rentas sempadan: Razarudin

Razarudin berkata banyak rampasan besar termasuk satu kes yang nilainya hampir mencecah RM1 bilion adalah hasil kerjasama antara agensi Malaysia dan rakan antarabangsa

5:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tanggapan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menggempur aktiviti kartel dadah sejak 20 tahun lalu tidak benar, sebaliknya memilih bertindak dibelakang tabir kerana tidak mahu operasi didedahkan, kata Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, operasi sulit, perkongsian risikan masa nyata serta kerjasama secara senyap rentas sempadan atau ‘silent operation‘ sudah lama menjadi tunjang utama dalam usaha Malaysia memerangi penyeludupan dadah meskipun sebahagian kecil daripadanya didedahkan kepada umum.

Menurut Razarudin, langkah itu bagi mengelakkan sindiket mengubah taktik sehingga melepasi radar risikan dan penguatkuasaan.

“Semasa era perkhidmatan saya, kebanyakan operasi membabitkan kartel dadah dilakukan di belakang tabir.

“Kita (polis) tidak menghebahkan sesuatu operasi membabitkan kartel kerana sekiranya didedahkan, sindiket-sindiket berkaitan penyeludupan dan pengedaran dadah akan menambah naik modus operandi dan menyukarkan pengesanan,” katanya selepas melawat Pusat Autisme PDRM, di sini, hari ini lapor BH.

Razarudin berkata, PDRM sudah lama menjalin kerjasama operasi dengan pihak berkuasa Australia menerusi Task Force Tiger serta rangkaian agensi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) seperti New Zealand, Korea Selatan dan Indonesia lebih awal daripada pendedahan terbaharu yang dibuat kepada media untuk pendedahan umum.

“Kita sudah ada perjanjian dengan Australia sejak saya menjadi KPN, Task Force Tiger sudah wujud bertahun-tahun dan pasukan polis sentiasa memantau pergerakan pengedar dari negara terbabit,” katanya.

Razarudin yang juga mantan Pengarah JSJN mendedahkan, banyak rampasan besar termasuk satu kes yang nilai rampasannya hampir mencecah RM1 bilion adalah hasil kerjasama berterusan antara agensi Malaysia dan rakan antarabangsa.

“Ia (kartel) bukan baru bermula, tangkapan dibuat sejak puluhan tahun, ini adalah hakikatnya,” katanya lagi sambil mengakui PDRM sentiasa menjejak pengedar sama ada dari Malaysia, Australia, Korea, New Zealand atau Indonesia.

“Kita ada maklumat cuma kita tidak umumkan,” katanya. – 17 November, 2025

Topics

 

Hangat

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Related